Daim yang kukenali

Daim Zainuddin adalah orang yang bertanggung jawab terhadap polisi ekonomi dalam kerajaan Mahathir iaitu: jualan borong pengswastaan kerajaan Malaysia, "siapa cepat dia dapat". Sesungguhnya kelihatan seperti setiap pengendalian dan perkhidmatan kerajaan adalah untuk dijual dan dalam kes-kes tertentu diberi percuma kepada mereka-mereka dari kalangan rakan-rakan Daim dan Mahathir. Loteri yang dipunyai dan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan, contohnya, diberikan kepada Vincent Tan Chee Yioun, berasaskan tidak lebih dari 1 1/2 muka surat jaminan untuk mengendalikannya secara lebih cekap dan menjanakan hasil cukai yang lebih untuk negara dan ini bukanlah ‘pemberian’ yang terakhir yang bakal dimiliki oleh Tan. Kenaikan pangkat Daim yang cepat seiringan dengan bertambahnya tekanan politik yang dihadapi oleh Dr. M dalam partinya, dan juga pada masa yang sama bertambah gawatnya keadaan ekonomi di Malaysia. Pentadbiran pimpinan Mahathir menghadapi kemungkinan akan hancur. Kemungkinan ini akan menjadi nyata sekiranya Dr. M tidak bertindak tegas, tindakan yang selalu diambilnya apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.

Pada Daim, Dr. M telah menemui seorang rakan yang boleh dipercayai. Waktu ini adalah sekitar pertengahan hingga akhir tahun 80an. Daim mungkin bukanlah orang yang paling sempurna untuk tugas itu, tapi dia melaksanakan apa saja yang diperintahkan dan dia adalah seorang yang paling setia dalam keadaan apa sekali pun. Pun begitu, Daim tiada banyak pilihan. Dr. M adalah satu-satunya penaungnya ketika itu.

Daim diberi kebebasan untuk menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia pada tahun 1985-86, sementara Dr. M menangani musuh-musuhnya dalam UMNO. Dia juga mempunyai kepentingan peribadi di dalam memastikan Malaysia pulih dengan cepat daripada resesi (kemelesetan) tahun 1985-86 itu. Nasib Dr. M sendiri bergantung padanya dan juga nasib UMNO dimana aset-aset koporatnya mengalami kerugian yang teruk.

Daim Bergantung Kepada Cara-cara Lama Di Dalam Menangani Resesi (Kemelesetan) Yang Lalu Jika ditinjau kembali, pelan pemulihan ekonomi yang digariskan oleh Daim dan disokong sepenuhnya oleh Dr. M adalah berasaskan kepada prinsip ekonomi yang standard dan ortodoks. Pada dasarnya merupakan langkah-langkah memotong perbelanjaan kerajaan, mengecutkan hutang luar negara, dan membuka halangan-halangan perdagangan. Ianya telah didrafkan oleh teknokrat dalam kementerian Daim dan merupakan pendekatan yang biasa kepada musibah yang melanda negara ketika itu. Akan tetapi untuk memahami bagaimana berbezanya kegawatan sekarang ini ditangani, kita dengarkan respon Daim tentang resesi yang terdahulu :

"Benar, cara yang cepat untuk memulihkan ekonomi boleh dilakukan. Kita cuma perlu pinjam lebih banyak duit, dan mengadakan pertumbuhan yang tidak menggambarkan keadaan ekonomi yang sebenarnya di Malaysia. Walaupun begitu satu penyelesaian yang lebih bertanggungjawab mestilah mengandungi langkah-langkah jangka panjang dan juga jangka pendek. Ianya mengambil masa untuk menarik minat pelabur-pelabur untuk membina kilang-kilang di sini."

(Sudah tentu ada benteng-benteng yang melindungi projek-projek kesayangan Mahathir pada resesi 80an seperti Program Kereta Nasional supaya ianya tidak mengalami apa-apa kesan. Daim, seterusnya memerah wang dari bank-bank di Malaysia dan KWSP untuk melabur dalam beberapa kaunter di KLSE yang mana ada diantaranya mempunyai kepentingan untuk dirinya sendiri.)

Formula yang sama juga telah digunakan oleh pengganti Daim, Anwar Ibrahim dalam menangani kegawatan hari ini. Tetapi kali ini, Dr. M telah memecat menteri kewangan dan penggantinya itu, menangkapnya dan menuduhnya dengan berbagai-bagai kesalahan dan kemudian mengarah polis memukulnya. Penyelesaian ekonomi yang ortodoks – yang sekarang ini menampakkan hasil (tanpa kawalan matawang yang kompleks dan menakutkan itu) bagi Thailand, Korea Selatan dan lain-lain negara serantau - telah menjadi satu strategi subsersif asing bagi Anwar Ibrahim. Sama-sama fikirkanlah….

Era 90an

Seperti yang dijangka ekonomi Malaysia melonjak kembali pada lewat 80an dan pada tahun1990 mula menampakkan rekod pertumbuhan yang menakjubkan. Daim dan peniagaan-peniagaan UMNO telah pulih. Kejayaan ini banyak bergantung kepada program pengswastaan di Malaysia. Dia dan kroninya telah mengumpul sebahagian besar manafaat dari program tersebut, termasuklah projek penswastaan terbesar iaitu Projek Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) yang merentangi sepanjang semenanjung Malaysia. Tuduhan-tuduhan yang berasas tentang kronisme dan rasuah – secara halusnya disebut politik wang di Malaysia – membayangi Daim berterusan dari dekad pertama pentadbiran Mahathir sehinggalah kepada tahun 90an. Tetapi kejutan dan kemarahan yang dirasai oleh penduduk Malaysia yang rata-rata mewah itu kemudiannya mula hilang. Mereka mula menerima gejala akibat dari permainan politik dan ekonomi ini sebagai satu hakikat dalam kehidupan. Dalam keadaan apa sekali pun, hanya sedikit yang dapat dilakukan oleh beberapa orang yang masih melaung-laungkan tentang keadilan. Sistem Kehakiman yang pada suatu ketika dahulu adalah bebas telah dilemahkan pada tahun 80an dan kemudiannya diterimapakai oleh Dr. M. Tuduhan-tuduhan rasuah dan aktiviti jenayah, terutamanya terhadap mereka-mereka yang ada kaitan dengan Mahathir dan Daim, tidak pernah diadili secara adil oleh mahkamah-mahkamah atau melalui penyiasatan terperinci oleh polis, yang mana semua ini di kawalselia oleh Dr. M dan Kementerian Dalam Negerinya.

Pada tahun 1991, Daim bersungguh-sungguh hendak meninggalkan perkhidmatan kerajaan dan menumpukan sepenuh masa terhadap dunia perniagaannya yang penuh dengan rahsia itu. Jawatannya di Kementerian Kewangan hanya melembabkan pergerakannya. Dia tidak mahu ketinggalan dalam mengejar nikmat kemewahan ekonomi yang sedang meletup dan perebutan dalam pasaran saham yang secara pasti memihak kepadanya , terutamanya apabila waktu itu kesemua rakan perniagaannya berada di sektor-sektor penting ekonomi. Perniagaan keluarga yang dulunya menghadapi masalah kewangan telah mula stabil semula. Dan yang lebih menekan lagi, dia mempunyai beberapa isteri dan bekas isteri, juga teman-teman wanita yang mana gaya hidup mewah mereka perlu disara kerana mereka semua telah terbiasa dengan keadaan sebegitu.

Tetapi sebelum meletak jawatan, Daim memastikan yang penggantinya tidak akan mengganggu gugat kedudukannya dengan membongkar kesemua jaringan yang telah di buatnya. Adalah pasti, dia tidak menginginkan seorang pengganti yang akan menaja kepada kader-kader yang akan bersaing dengan jaringan ahli politik dan ahli perniagaan yang telah dimilikinya.

Daim Memilih Anwar dan Meyakini Anwar Tidak Akan Menggugat Kedudukannya

Daim memilih Anwar atas sebab penggantinya ini, mempunyai sedikit latarbelakang perniagaan dan tidak menunujukkan minat untuk mengembangkannya. Lebih-lebih lagi, Anwar adalah penyokong kuat Dr. M, terhutang budi kepada Perdana Menteri di atas kerjaya politiknya dan juga kenaikannya dengan cepat dalam barisan UMNO. Daim juga yakin Mahathir tidak akan membangkang pilihannya itu. Tetapi untuk betul-betul yakin, Daim mengekalkan kedudukannya sebagai Bendahari UMNO. Pertukaran itu telah berjalan lancar, memastikan gelaran media terhadapnya kekal iaitu, "Penyelamat Ekonomi Malaysia" dan lebih pentingnya, kuasa di belakang tabirnya tidak terjejas. Tetapi setelah masa berlalu, keadaan menjadi lebih jelas kepadanya, Dr. M dan juga kuncu-kuncunya, iaitu Anwar mempunyai pendiriannya sendiri. Lebih membimbangkan Anwar mula bertanya – mula-mula secara tertutup dan kemudiannya secara terbuka – tentang rasuah, kronisma dan nepotisma dan juga tentang nepotisma yang telah berakar umbi dalam jaringan ekonomi di Malaysia.

Sehinggalah kepada permulaan krisis kewangan di Asia, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Daim dan Mahathir untuk menghalang cita-cita Anwar, di samping hakikat yang tidak ada orang lain yang berpotensi sebagai pengganti kepada Mahathir. Anwar adalah pengganti yang pasti. Beliau adalah ahli UMNO yang paling popular dan kelihatan sebagai pemimpin paling layak. Dan beliau telah berjaya membina hubungan yang teguh dan mesra dengan pemimpin dunia yang berkuasa, samada di negara membangun dan juga negara maju. Kesimpulannya, beliau adalah pengganti yang paling layak dan bakal menggantikan Dr. M sebagai Perdana Menteri.

"Kesilapan" Yang Sukar Dibersihkan

Daim tidak memerlukan Dr. M untuk meyakinkannya yang Anwar adalah merupakan ancaman kepada jaringan koporat yang telah ditubuhkannya jika sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri ketika Malaysia dilanda kegawatan ekonomi yang menyerang Asia ketika ini. Anwar telah menggunakan penyelasaian yang sama yang telah di pakai oleh Daim ketika memerangi resesi pada pertengahan 80an dahulu. Tetapi ada satu perbezaan ketara yang telah digunapakai oleh Anwar : Rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah penyebab utama krisis yang melanda, jadi penyebab-penyebab ini mesti dihapuskan! Samada Anwar dapat melakukannya adalah sesuatu yang boleh depertikaikan. Ancaman yang digambarkan ini sudah cukup untuk membuatkan Daim dan Dr. M bangun menentangnya, sepertimana yang Daim telah secara terbuka menyatakan yang dia akan menghancurkan musuh-musuh penaungnya pada dekad yang telah lalu.

Pada tahun-tahun yang lampau, bangunan besar koporat Daim yang rapuh telah diancam dengan berbagai-bagai pergolakan ekonomi . Tanpa bantuan kerajaan yang berterusan, ianya pasti telah ranap. Adalah nyata, yang perniagaan yang dibina hanya dengan sokongan kerajaan akan musnah apabila bantuan itu telah tiada lagi.

Perniagaan yang sebegini, tidak kira berapa banyak duit yang dihasilkan dan tidak kira berapa banyak urusniaga yang dilakukan, tidak dapat tidak, akan menjadi tidak cekap berbanding dengan perniagaan yang sebenarnya. Ianya mempunyai terlalu banyak kepentingan yang hendak dijaga. Perniagaan sebegini memang tidak layak untuk menjalankan apa-apa perniagaan, satu pengajaran kenapa ahli-ahli politik yang tamak harus dijauhkan daripada mana-mana perniagaan bagi sesebuah negara.

Ini juga menunjukkan kenapa Abdul Daim bin Zainuddin tidak layak menjadi seorang ahli perniagaan dan juga seorang pegawai kerajaan kanan. Namun alangkah bernasib baiknya dia di bawah pentadbiran Dr. M. dan alangkah malangnya ekonomi Malaysia walaupun apabila dia telah tidak lagi berada dalam kerajaan Malaysia.

Sebab Ezam dan teman teman diISAkan

Sejak Daim mengarahkan Kementerian Kewangan membeli MAS, tekanan yang beliau hadapi cukup hebat, sama ada dari dalam UMNO tambahan lagi dari parti pebangkang. Ezam- ketua pemuda keadilan adalah antara orang yang cukup hebat membangkitkan cerita Daim menolong Tajudin. Tekanan tekanan begini menyebabkan Daim berbisik kepada Mahathir andai Ezam dan konco konconya tidak ditangkap maka Mahathir dan kerajaannya akan disalahkan oleh rakyat. Mahathir tidak punya alasan yang kukuh untuk mendakwa Ezam dimahkamah terbuka, selain dari bimbang Ezam akan mendedahkan segala bukti dimahkamah-yang hanya akan tambah memburukkan kerajaan. Lalu cara mudahnya adalah dengan menangkap dibawah ISA.

Daimlah manusia yang bertanggungjawab diatas semua ini- bukan sahaja memjual Malaysia- lihat sahaja baru baru ini warga asing yang mahu membeli hartanah diMalaysia bebas membeli tanpa dikenakan syarat. Ini bermakna bahawa tanah di Malaysia boleh bertukar milik kepada rakyat asing semudah menandatangani beberapa dokumen sahaja. Daim sengaja memohon cuti 2 bulan- dan sengaja menunjukkan kepada dunia yang seolah olah beliau bergaduh dengan PM. Sebenarnya beliau mahu lari dari tanggungjawab atau disalahkan apabila Ezam dan teman ditahan dibawah ISA.

Daim- Laman Anti ISA suka memberikan ingatan kepada anda. Bahawa kami akan dedahkan segala dokumen peyelewengan anda dan para kroni- yang dengan jelas merompak wang rakyat. Rakyat perlu sedari bahawa Daim telah memunggah wang negara RIBUAN JUTA dan Malaysia ini akan muflis andai kita membiarkan keadaan ini berterusan.

http://nt_isa.tripod.com

Kembali ke Laman Utama